Minggu, 17 Maret 2013

PENDIDIKAN



PEMBAHASAN

a.      Definisi Pendidikan
Dalam perbahasan mengenai definisi pendidikan, penulis mengutarakan beberapa pandangan sarjana. Anwar Ibrahim (1986) menyatakan, pendidikan itu bukan hanya untuk menimba ilmu pengetahuan tetapi untuk membentuk insan yang baik, penuh dengan adab sopan dan berakhlak tinggi kerana ilmu pengetahuan tanpa disiplin dan moral bukanlah ilmu dalam ertikata yang sebenarnya (Tajul Ariffin Noordin 1993).
Tajul Ariffin Noordin (1993) pula mendefinisikan pendidikan sebagai ilmu yang menyeluruh dan bersepadu sifatnya. Proses perlaksanaannya memerlukan kelembutan dan kebijaksanaan yang tinggi. Menerusi konsep pendidikan perlulah dibina kesepaduan ilmu iaitu integrasi di antara ilmu pengetahuan menerusi akal dengan ilmu wayhu iaitu dari al-quran dan hadis.

b.      Definisi Pendidikan Islam
Pendidikan Islam tersimpan pelbagai falsafah dan matlamat yang murni. Para sarjana Islam mendefinisikan Pendidikan Islam dengan pelbagai pandangan. Menurut Mohd Athiyah Al-Abrasyi,
“Pendidikan moden sekarang ini memerlukan amat pendidikan Islam iaitu pendidikan idealis yang bersifat kerohanian, moral dan keagamaan hingga kita belajar itu adalah kerana ilmu dan kelazatan ilmiah, dengan demikian kita terlepas dari keruntukan, kejahatan dan kemiskinan, keserakahan, penjajahan dan keangkara-murkaan serta peperangan-peperangan dengan segala bencana yang ditimbulkannya demi untuk dapat menikmati suatu kehidupan yang abadi, hidup bersama saling bantu membantu dan dalam suasana demokrasi dan bahagia”
 (Tajul Ariffin Noordin 1993)
Pandangan Mohd Athiyah Al-Abrasyi ini, diperluaskan lagi skop definisinya oleh Abdul Halim El-Muhammady (1987, 1994) dan Ahmad Fauzi & Ahmad Tarmizi (1998) yang merumuskan Pendidikan Islam merupakan proses mendidik, membentuk serta melatih individu manusia dalam berbagai-bagai aspek sama ada akal, rohani, emosi dan fizikalnya berasaskan sumber wahyu, al-Quran dan Sunnah serta sumber-sumber ijtihad lain untuk melahirkan manusia yang seimbang dan bertanggungjawab terhadap Allah, manusia dan alam semesta bagi memenuhi tanggungjawab sebagai khalifah di muka bumi.
Matlamat utama Pendidikan Islam ialah untuk melahirkan seorang muslim yang menjadikan Rasulullah sebagai contoh dan ikutan sebagai seorang yang berkualiti dan berjaya melaksanakan tugas dan tanggungjawabnya seperti yang dituntut oleh Islam. Skop pendidikan Islam ini amatlah komprehensif iaitu merangkumi pendidikan jasmani, aqli, akhlak dan rohani (Mohd Mokhtar Shafii 1994).
Tegasnya penulis berpandangan, Pendidikan Islam merupakan  satu proses atau operasi yang cukup teliti dan terancang dalam usaha mendidik seseorang insan berpandukan al-Quran dan Sunnah agar seimbang dalam segenap aspek pembangunan diri dan seterusnya mengamalkan akhlak mahmudah sesuai dengan fitrahnya sebagai khalifah di dunia.
Pendapat penulis disokong dengan pandangan Engku Ibrahim Ismail  yang berpendapat Pendidikan Islam lebih menekankan pembangunan individu bukan sahaja dari aspek fizikal, tetapi juga aspek rohani dan akhlak yang bertujuan untuk membangunkan potensi dan kecenderungan ke arah kebaikan kepada orang lain di samping menghindari akhlak buruk atau dengan konsep yang kini dikenal sebagai al-amru bi al-ma’ruf wa al-nahyu ’an al-munkar  (Abdullah Ishak 1995).


c.        Pemikiran Teologi
Perkembangan pemikiran Teologi dalam Islam dapat dibagi dalam 5 periode,yakni periode Rasulullah saw., Khulafa al-Rasyidin, Bani Umayyah, Bani ‘Abbas, dan periode sesudah Bani ‘Abbas.Pada masa Rasulullah saw. pemikiran teologi dalam Islam merupakan pemikiranyang murni karena mendasarkan hanya pada Rasulullah saw, Pada periode ini tidak ada perselisihan pendapat dalam dasar-dasar ataupun kaidah-kaidah teologis.Pada masa Khulafa al-Rasyidin sebelum Khalifah ‘Utsman ibn ‘Affan juga belumterjadi perbedaan pendapat dalam teologi Islam, hal ini disebabkan oleh praktek teologi Islam langsung didasarkan pada Alqur’an dan Hadis tanpa pentakwilan atas nash-nashnya. Pada masa Khalifah ‘Utsman terjadi perpecahan politik dalam tubuh umatIslam, sehingga berdampak pada penafsiran Alqur’an dan Hadis menurut selera masing-masing golongan, bahkan sebagian melakukan pemalsuan terhadap Hadis untuk mendukung keberadaan dan kebenaran kelompok tertentu. Pada masa Bani Umayah perluasan wilayah Islam membawa konsekwensi penyerapan tradisi-tradisi non Islam dalam budaya dan peradaban Islam. Berbagai aliran yang muncul pada masa akhir Khulafa al-Rasyidin semakin memuncak. Pada masa ini segolongan umat Islam telah berbeda pendapat tentang qadar dan Aliran-aliran yang muncul dalam periode ini antara lain: Qadariyah  Ma’bad al-Juhaniy Ghailân al-Dimasyqiy danal-Ja‘ad Ibn Dirham dikenal sebagai tokoh awal dari aliran.
1.      Qadariyah. Salah satu pemikiran mereka yang sangat kontroversial pada masa itu adalah bahwa Alqur’an adalah makhluk serta kehidupan manusia dibentuk oleh manusia itu sendiri dan terlepas dari ketentuan Tuhan.
                     Aliran Qadariyah ini mendapat tantangan keras dari para sahabat Nabi saw, seperti ‘Abdullah ibn ‘Umar, Anas ibn Malik, Ibn ‘Abbasdan Abu Hurairah. Para sahabat ini menganjurkan umat Islam untuk menjauhkan diridari golongan Qadariyah, tidak memberi salam kepada mereka, tidak mengunjungi ‘Abd al-Qâhar ibn Ţâhir ibn Muhammad al-Baghdâdîy Abû Manşûr, al-Farq bain al-Firaq wa bayân al- Firqah al Nâjiyah, mereka saat sakit, dan tidak  mensalatkan jenazah mereka, sebagaimana dinyatakan dalam kitab al-Farq bain al-Firaq wa bayân al-Firqah al-Nâjiyah
Jabariah atau Mujbarah atau Mu’aţţilah atau Jahmiyah.
Jaham ibn Şafwân yang merupakan tokoh awal dari aliran ini. Diantara ciri-ciri ajaran Jabariyah adalah :
a. Bahwa manusia tidak mempunyai kebebasan dan ikhtiar apapun, setiap perbuatannya baik yang jahat, buruk atau baik semata allah semata yangmenentukannya. 
b. Bahwa Allah tidak mengetahui sesuatu apapun sebelum terjadi.
c. Ilmu Allah bersifat Huduts (baru) d.Iman cukup dalam hati saja tanpa harus dilafadhkan.
e. Bahwa Allah tidak mempunyai sifat yang sama dengan makhluk ciptaanNya.
f. Bahwa surga dan neraka tidak kekal, dan akan hancur dan musnah bersama penghuninya, karena yang kekal dan abadi hanyalah Allah semata.
g. Bahwa Allah tidak dapat dilihat di surga oleh penduduk surga.
h .Bahwa Alqur'an adalah makhluk dan bukan kalamullah.
3. Khawarij Aliran ini muncul dipenghujung abad pertama Hijriah dan dikenal dengan pemikirannya yang menyatakan bahwa orang yang mengerjakan dosa besar adalahkafir. Berbagai pemikiran mereka yang lain adalah:
a.Segala perbuatan hamba mengikut kehendak Allah semata-mata.
 b.Menolak ijtihad dan berpegang dengan zahir al-Quran.
c.Menolak taklif sebelum diutus Rasul.d.Menolak adanya azab kubur.
d. Pendidikan Islam Di Zaman Khulafa’ Al-Rasyidin
Sistem pendidikan pada zaman Khulafa’ al-Rasyidin telah berkembang dengan baik. Ia memberi nafas baru bagi menyambung tradisi sistem pendidikan yang telah dilaksanakan pada zaman Nabi Muhammad s.a.w.. Pada zaman baginda, negara Islam berkembang meliputi Semenanjung Tanah Arab. Pendidikan hanya berpusat di kota Madinah tetapi perkembangan pendidikan semakin meluas dan berkembang pesat pada zaman Khulaa’ al-Rasyidin. Pusat pendidikan tersebar di bandar besar seperti bandar Madinah dan Makkah, Basrah dan Kufa, Damsyik dan Palestin dan Madrasah Fustat  (Mahayudin 1993).
e.          Objektif Pendidikan
Menurut Zawawi (1984), objektif perdidikan Islam di zaman Rasulullah s.a.w. ialah untuk membentuk sahsiah Islamiyah yang tulin  yang dapat bangun berjuang bagi menegakkan Islam agama Allah yang suci. Manakala kandungan pendidikan Islam yang disampaikan bergantung kepada wahyu daripada Allah s.w.t..
Beliau menjelaskan lagi, dalam masa yang sama, para Khulafa’ al-Rasyidin, sahabat Rasulullah s.a.w. ialah orang-orang yang mewarisi risalah Rasulullah s.a.w., menyambung usaha-usaha yang telah diatur dan disusun oleh baginda dengan mengikut segala acuan yang telah dirintis baginda semasa hidupnya. Perkara ini dapat dilihat melalui proses perlantikan Khalifah al-Rasyidin ketiga, selepas kematian Khalifah Umar bin Al-Khattab, iaitu semasa dalam memilih antara dua orang calon khalifah iaitu Uthman bin Affan dan Ali bin Abi Talib, Abdul Rahman bin Auf diamanahkan untuk mengendalikannya. Selepas beliau meminta pandangan dan pendapat daripada pihak-pihak tertentu seperti sahabat karib nabi dan ketua-ketua kabilah. Hasil tinjauan tersebut didapati ada yang menyokong Uthman dan ada juga yang menyokong Ali.
Akhirnya Abdul Rahman bin Auf pergi sendiri bertanya kepada Saidina Ali, katanya, ‘Jika sekiranya engkau dilantik menjadi khalifah, adakah engkau sanggup melaksanakan kesemua ajaran al-Quran dan Hadis, serta mengikut jejak dua orang khalifah sebelum kamu?’ Jawab Ali, ‘Aku harap aku boleh melakukannya di atas kadar kebolehan dan kemampuanku.’ Kemudian Abdul Rahman bin Auf pergi berjumpa pula Saidina Uthman dan mengemukakan pertanyaan yang serupa. Lantas Saidina Uthman bin Affan menjawab dengan jawapan yang pendek dan tegas, ‘Ia, aku sanggup.’ Dengan ketegasan dan kesungguhan yang ditunjukkan oleh Uthman itu, maka Abdul Rahman bin Auf terus melantik Uthman bin Affan sebagai khalifah yang baru (Mahayudin Yahaya & Ahmad Jelani Halimi 1993).
Ini bererti, menjadi prasyarat sebelum seseorang yang menjadi calon Khalifah Islam ialah melaksanakan ajaran al-Quran dan As-Sunnah serta meneruskan segala usaha yang telah dilaksanakan oleh Khalifah sebelum mereka. Oleh sebab itu, objektif pengajaran Pendidikan Islam di zaman Khulafa’ Al-Rasyidin juga sama dengan objektif pengajaran di zaman Rasulullah s.a.w. iaitu membentuk sahsiah Islamiyah yang tulin untuk menegakkan Islam sebagai agama Allah yang suci.
f.       Isi kandungan / sukatan pelajaran pendidikan islam
Isi kandungan pelajaran pendidikan Islam di zaman Khulafa’ Al-Rasyidin adalah sama dengan isi kandungan yang terdapat pada zaman Rasulullah s.a.w. iaitu wahyu dari Allah (al-Quran). Walau bagaimanapun, pada zaman pemerintahan Khulafa’ al-Rasyidin, isi kandungan pelajaran pendidikan Islam telah bertambah dengan adanya perubahan zaman dan masalah yang dihadapi oleh umat Islam ketika itu.
Selain ilmu al-Quran dan As-Sunnah (hadis), pertambahan ilmu yang ada ketika zaman Khulafa’ al-Rasyidin yang berkaitan ilmu Islam ialah tafsir al-Quran, Tauhid, Fekah, Ilmu Mantiq, Bahasa Arab, sajak, syair yang berunsur pendidikan, Ilmu Fizikal seperti memanah, menunggang kuda, bermain pedang dan ilmu mempertahankan diri untuk menegakkan dan menyebarkan Islam serta menghafaz dan mengingat beberapa surah.
Menurut Norliyana (2007) pelajaran yang dijadikan tumpuan utama ialah tauhid, fekah, hadis, Al-Quran, dan Ilmu Mantiq. Khalifah Umar menggalakkan umat Islam belajar Bahasa Arab, penghasilan sajak dan syair yang berunsur pendidikan. Mata pelajaran yang belum ada di zaman Khulafa’ al-Rasyidin ialah ilmu hadis, sejarah, ilmu alam, ilmu pendidikan, karangan, ilmu sains, kimia dan perubatan kerana ia wujud di zaman Umaiyah (Suffian Abdul Rahman 1983).
g.      Sumber Pendidikan Islam
Menurut Mahmood Zuhdi (1992) sumber pendidikan Islam dari zaman Rasulullah hingga zaman Khalifah Abu Bakar As-Siddiq r.a. ialah Al-Quran, As-Sunnah dan Ijtihad para sahabat Rasulullah s.a.w.. Ini berdasarkan sabda Rasulullah s.a.w. kepada Muaz bin Jabal ketika Muaz diutuskan ke Yaman jelas menunjukkan penggunaan sumber tersebut digunakan:
Sabda Rasullullah s.a.w. kepada Muaz bin Jabal ketika baginda mengutus beliau ke Yaman. Baginda bertanya kepada Muaz: “Dengan apa engkau berhukum?” Jawabnya “dengan kitab Allah?” Sabda baginda: “ Jika engkau tidak menjumpainya (dalam al-Quran)? Jawab Muaz :  Dengan sunnah Rasulullah saw,” Sabda baginda: “ Jika engkau tidak juga menjumpainya? Jawab Muaz: “ Aku berijtihad dengan pendapatku.” Maka rasulullah s.a.w menepuk dada Muaz dan bersabda: “ Segala puji dan puja hanya bagi Allah yang telah memberikan taufik kepada utusan Rasulullah dalam perkara yang diredai oleh Rasulullah.
(Riwayat al-Tarmizi)
Berdasarkan hadis tersebut, penulis melihat  sumber pendidikan Islam pada zaman Khalifah Abu Bakar As-Siddiq r.a. menggunakan al-Quran, As-Sunnah dan Ijtihad para sahabat Rasulullah s.a.w. Ini dapat kita lihat bagaimana Khalifah Abu Bakar yang menggunakan ijtihad beliau di dalam membukukan mashaf al-Quran kerana Rasulullah tidak pernah mengarahkan untuk membukukan al-Quran.
Seterusnya pada zaman Khalifah Umar bin Al-Khattab sumber pendidikan Islam telah bertambah iaitu dengan menerima ilmu dan tamadun dari sumber luar yang tidak bertentangan dengan ajaran al-Quran dan As-Sunnah terutama ilmu dan tamadun dari wilayah-wilayah kekuasaan Islam terutama tamadun dari Parsi. Perkara ini berterusan sehingga ke zaman pemerintahan Khalifah Ali bin Abi Thalib r.a.
By. Sahabat Kalong

Mengenali Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam

Mengenali Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam
Mengenali Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam
Tak Kenal, Maka Tak Cinta”. Rata-rata umat Islam, terutamanya golongan muda masih lagi tidak mengenali Rasul junjungan kita. Demikianlah sikap kita terhadap Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam. Seseorang itu tidak akan menyambut kelahiran Rasulullah SAW jika tiada perasan cinta terhadap baginda. Menyedihkan lagi, sebahagian daripada umat Islam lebih mengingati paderi ‘Saint Valentine’ (bersempena hari kekasih ataupun Valentine’s Day) daripada mengingati Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam, lebih mengingati biodata para artis daripada biodata Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam. Justeru itu, bersempena dengan sambutan Maulidur Rasul, marilah kita sama-sama menghayati biodata baginda dan kronologi-kronologi kisah hidup baginda. Selawat dan salam ke atas nabi junjungan, Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam. Sabda Nabi Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam : “Barangsiapa yang berselawat kepadaku pada waktu pagi sepuluh kali dan pada waktu petang sepuluh kali, dia akan memperolehi syafaatku pada hari kiamat. “
Surah Al-Anbiya, ayat 107 bermaksud:
Surah Al-Anbiya, ayat 107
“Dan tidak kami (Allah) utuskan kamu (wahai Muhammad) melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam.”
BIODATA
Nama :
Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bin ‘Abdullah bin ‘Abdul Mutalib bin Hasyim bin ‘Abdul Manaf bin Qusai bin Kilab bin Murrah bin Ka’ab bin Lu’ai bin Ghalib bin Fihr bin Malik bin Nadr bin Kinanah bin Khuzaimah bin Mudrikah bin Ilyas bin Mudhar bin Nizar bin Ma’ad bin ‘Adnan.
Bapa :
Abdullah bin Abdul Mutalib
Ibu :
Aminah binti Wahab bin ‘Abdul Manaf bin Zuhrah bin Kilab
Tarikh lahir :
Isnin, 12 Rabi’ul Awal Tahun Gajah
Status :
Anak yatim, kematian bapa semasa 2 bulan dalam kandungan. Ibunya wafat semasa berumur 6 tahun.
Isteri-isteri :
  1. Khadijah binti Khuwailid Radhiallahu ‘Anha
  2. Saudah binti Zam’ah Radhiallahu ‘Anha
  3. ‘Aisyah binti Abu Bakar Radhiallahu ‘Anhuma
  4. Hafsah binti Umar Radhiallahu ‘Anhuma
  5. Zainab binti Khuzaimah Radhiallahu ‘Anha
  6. Ummu Salamah, Hindun binti Abu Umayyah Radhiallahu ‘Anha
  7. Zainab binti Jahsy Radhiallahu ‘Anha
  8. Juwairiyah binti Harith Radhiallahu ‘Anha
  9. Ummu Habibah, Ramlah binti Abu Sufyan Radhiallahu ‘Anhuma
  10. Shafiyyah binti Huyai bin Akhtab Radhiallahu ‘Anha (Banu Nadir keturunan Nabi Harun)
  11. Maimunah binti Harith Radhiallahu ‘Anha
  • · Semua isteri Nabi Sallallahu ‘Alaihi Wasallam janda semasa dikahwini kecuali Aisyah Radhiallahu ‘Anha.
  • · Nabi Sallallahu ‘Alaihi Wasallam meninggalkan 9 orang isteri setelah kewafatannya.
Zuriat :
  1. Qasim Radhiallahu ‘Anhu (menyebabkan baginda Sallallahu ‘Alaihi Wasallam digelar Abul Qasim)
  2. Zainab Radhiallahu ‘Anha
  3. Ruqayyah Radhiallahu ‘Anha
  4. Ummu Kalthum Radhiallahu ‘Anha
  5. Fatimah Radhiallahu ‘Anha
  6. Abdullah Radhiallahu ‘Anhu (digelar sebagai at-Taiyib dan at-Tahir)
  7. Ibrahim Radhiallahu ‘Anhu.
  • Semuanya daripada Khadijah Radhiallahu ‘Anha kecuali Ibrahim Radhiallahu ‘Anhu daripada Mariah Al-Qibtiyyah Radhiallahu ‘Anha.
  • Semua anak-anak Nabi Sallallahu ‘Alaihi Wasallam wafat sewaktu hayat baginda Sallallahu ‘Alaihi Wasallam kecuali Fatimah Radhiallahu ‘Anhu.
  • Semua anak lelaki wafat sewaktu kecil lagi.
PERISTIWA PENTING DARI KELAHIRAN HINGGA DIANGKAT MENJADI RASUL.
  • Dipelihara oleh datuknya ‘Abdul Mutalib setelah lahir.
  • Disusukan oleh Suwaibah hamba Abu Lahab sebelum diserahkan kepada Halimah binti Abi Zuwaib dari puak Sa’ad bin Bakr.
  • Mendatangkan keberkatan kepada Kampung Banu Sa’ad bila tiba di sana.
  • Selepas dua tahun dibawa balik kepada bondanya Aminah, namun Halimah As-Sa’adiyah memujuk bonda Nabi Sallallahu ‘Alaihi Wasallam untuk terus memelihara baginda Sallallahu ‘Alaihi Wasallam.
  • Belajar mengembala kambing sejak daripada kecil dan dapat bercakap bahasa Arab Fusha dengan baik hasil daripada tinggal di kampung Banu Sa’ad.
  • Peristiwa di bedah dada oleh malaikat, kemudiannya dihantar pulang ke jagaan ibunya. (Umur 5 tahun)
  • Wafatnya Aminah di Abwa’. (Umur 6 tahun)
  • Dipelihara pula oleh datuknya Abdul Muttalib.
  • Dipelihara oleh Abu Talib selepas kematian Abdul Muttalib. (Umur 8 tahun)
  • Memulakan perjalanan pertama ke Syam untuk berniaga bersama bapa saudaranya Abu Talib, bertemu dengan paderi Buhaira. (Umur 12 tahun)
  • Mula berdikari mencari rezeki dengan menternak kambing.
  • Berlaku Peperangan  Al-Fijar: (Umur 20)
  • Hilfu Al-Fudhul:
  • Bertujuan untuk membela hak-hak orang yang dianiaya.
  • Berpunca dari kejadian seorang Badwi dari Usun Zubaid datang ke Mekah menjual barang namun seorang pembeli, ‘Ash bin Wail tidak membayar harga barangan yang dibeli.
  • Musafir kali ke-2 ke Syam bersama Maisarah membawa barang dagangan Khadijah binti Khuwailid Radhiallahu ‘Anha. (Umur 25 tahun)
  • Khadijah Radhiallahu ‘Anha menawarkan diri menjadi suri hidup Baginda Sallallahu ‘Alaihi Wasallam melalui Nafisah binti Manbah.
  • Perkahwinan dengan Khadijah Radhiallahu ‘Anha semasa baginda Sallallahu ‘Alaihi Wasallam berumur (25 tahun), manakala Khadijah Radhiallahu ‘Anha berumur (40 tahun).
  • Kelahiran Qasim Radhiallahu ‘Anhu pada umur (28 tahun).
  • Kelahiran Zainab Radhiallahu ‘Anha.
  • Wafatnya Qasim Radhiallahu ‘Anhu semasa berumur 2 tahun.
  • Penyertaan Baginda Sallallahu ‘Alaihi Wasallam dalam pembinaan Kaabah yang runtuh akibat banjir di Kota Mekah. (Umur 35 tahun)
  • Menyelesaikan persengketaan dalam usaha meletakkan Hajarul Aswad.
  • Terkenal dengan panggilan Al-Amin.
———————————————————
Nabi Muhammad telah diputerakan di Makkah, pada hari Isnin, 12 Rabiulawal (20 April 571M). Ibu baginda, iaitu Aminah binti Wahb, adalah anak perempuan kepada Wahb bin Abdul Manaf dari keluarga Zahrah. Ayahnya,Abdullah, ialah anak kepada Abdul Muthalib. Keturunannya bersusur galur dari Nabi Ismail, anak kepada Nabi Ibrahim kira-kira dalam keturunan keempat puluh.
Ayahnya telah meninggal sebelum kelahiran baginda. Sementara ibunya meninggal ketika baginda berusia kira-kira enam tahun, menjadikannya seorang anak yatim. Menurut tradisi keluarga atasan Mekah, baginda telah dipelihara oleh seorang ibu angkat(ibu susu:-wanita yang menyusukan baginda) yang bernama Halimahtus Sa’adiah di kampung halamannya di pergunungan selama beberapa tahun. Dalam tahun-tahun itu, baginda telah dibawa ke Makkah untuk mengunjungi ibunya. Setelah ibunya meninggal, baginda dijaga oleh datuknya, Abdul Muthalib. Apabila datuknya meninggal, baginda dijaga oleh bapa saudaranya, Abu Talib. Ketika inilah baginda sering kali membantu mengembala kambing-kambing bapa saudaranya di sekitar Mekah dan kerap menemani bapa saudaranya dalam urusan perdagangan ke Syam (Syria).
Sejak kecil, baginda tidak pernah menyembah berhala dan tidak pernah terlibat dengan kehidupan sosial arab jahiliyyah yang merosakkan dan penuh kekufuran.
Dalam masa remajanya, Nabi Muhammad percaya sepenuhnya dengan keesaan Allah. Baginda hidup dengan cara amat sederhana dan membenci sifat-sifat angkuh dan bongkak. Baginda menyayangi orang-orang miskin, para janda dan anak-anak yatim serta berkongsi penderitaan mereka dengan berusaha menolong mereka. Baginda juga menghindari semua kejahatan yang menjadi amalan biasa di kalangan para belia pada masa itu sepertiberjudi, meminum minuman keras, berkelakuan kasar dan lain-lain, sehingga beliau dikenali sebagai As Saadiq (yang benar) dan Al Amin (yang amanah). Baginda sentiasa dipercayai sebagai orang tengah kepada dua pihak yang bertelingkah di kampung halamannya di Mekah.
Ketika berusia kira-kira 25 tahun, ayah saudara baginda menyarankan baginda untuk bekerja dengan kafilah (rombongan perniagaan) yang dimiliki oleh seorang janda yang bernama Khadijah. Baginda diterima bekerja dan bertanggungjawab terhadap pelayaran ke Syam (Syria). Baginda mengelolakan urusniaga itu dengan penuh bijaksana dan pulang dengan keuntungan luar biasa.
Khadijah begitu tertarik dengan kejujuran dan watak peribadinya yang mendorong beliau untuk menawarkan diri untuk mengahwini baginda. Baginda menerima lamarannya dan perkahwinan mereka adalah bahagia. Mereka dikurniakan 6 orang anak (2 lelaki dan 4 perempuan) tetapi kedua-dua anak lelaki mereka, Qasim dan Abdullah meninggal semasa kecil. Manakala anak perempuan baginda ialah Ruqayyah, Zainab, Ummu Kalsum dan Fatimah az-Zahra. Khadijah merupakan satu-satunya isterinya sehinggalah Khadijah meninggal pada usia 51 tahun. Seorang lagi anak baginda adalah hasil perkahwinan baginda dengan Mariah Al-Qibtiyyah. Putera baginda bersama Mariah bernama Ibrahim itu juga meninggal semasa kecil.
Muhammad telah dilahirkan di tengah-tengah masyarakat jahiliyah. Ia sungguh menyedihkan hatinya sehingga beliau kerapkali ke Gua Hira, sebuah gua bukit dekat Makkah, yang kemudian dikenali sebgai Jabal An Nur untuk memikirkan cara untuk mengatasi gejala yang dihadapi masyarakatnya. Di sinilah baginda sering berfikir dengan mendalam, memohon kepada Allah supaya memusnahkan kedurjanaan yang kian berleluasa.
Pada suatu malam, ketika baginda sedang bertafakur di Gua Hira, Malaikat Jibril mendatangi Muhammad. Jibril membangkitkannya dan menyampaikan wahyu Allah di telinganya. Baginda diminta membaca. Baginda menjawab, “Saya tidak tahu membaca”. Jibril mengulangi tiga kali meminta Muhammad untuk membaca tetapi jawapan baginda tetap sama. Akhirnya, Jibril berkata:
“Bacalah dengan menyebut nama Tuhanmu yang menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah, dengan nama Tuhanmu yang Amat Pemurah, yang mengajar manusia dengan perantaraan (menulis, membaca). Dia mengajarkan kepada manusia apa yang tidak diketahuinya.”
Ini merupakan wahyu pertama yang diterima oleh Muhammad. Ketika itu baginda berusia 40 tahun. Wahyu itu turun kepada baginda dari semasa ke semasa dalam jangka masa 23 tahun. Siri wahyu ini telah diturunkan menurut panduan yang diberikan Rasulullah dan dikumpulkan dalam buku bernama Al Mushaf yang juga dinamakan Al-Quran (bacaan). Kebanyakkan ayat-ayatnya mempunyai erti yang jelas. Sebahagiannya diterjemah dan dihubungkan dengan ayat-ayat yang lain. Sebahagiannya pula diterjemah oleh Rasulullah sendiri melalui percakapannya, tindakan dan persetujuan yang terkenal, dengan namaSunnah. Al-Quran dan al Sunnah digabungkan bersama untuk menjadi panduan dan cara hidup mereka yang menyerahkan diri kepada Allah.
Apabila Rasulullah menyeru manusia ke jalan Allah, tidak ramai yang mendengar seruannya. Kebanyakkan pengikut baginda adalah dari anggota keluarganya dan dari golongan masyarakat bawahan, Antara mereka ialah Khadijah, Ali, Zayd dan Bilal. Apabila baginda memperhebat kegiatan dakwahnya dengan mengumumkan secara terbuka agama Islam yang disebarkannya, dengan itu ramai yang mengikutnya. Tetapi pada masa, baginda menghadapi berbagai cabaran dari kalangan bangsawan dan para pemimpin yang merasakan kedudukan mereka terancam. Mereka bangkit bersama untuk mempertahankan agama datuk nenek mereka.
Semangat penganut Islam meningkat apabila sekumpulan kecil masyarakat yang dihormati di Makkah menganut agama Islam. Antara mereka ialah Abu Bakar, Uthman bin Afan, Zubair bin Al Awwam, Abdul Rahman bin Auf, Ubaidillah bin Harith, Amr bin Nufail dan ramai lagi.
Akibat cabaran dari masyarakat jahiliyah di Mekah, sebahagian orang Islam disiksa, dianiaya, disingkir dan dipulaukan. Baginda terpaksa bersabar dan mencari perlindungan untuk pengikutnya. Baginda meminta Negus Raja Habsyah, untuk membenarkan orang-orang Islam berhijrah ke negaranya. Negus mengalu-alukan ketibaan mereka dan tidak membenarkan mereka diserah kepada penguasa di Makkah.
Di Makkah terdapat Kaabah yang telah dibina oleh Nabi Ibrahim a.s. beberapa abad lalu sebagai pusat penyatuan umat untuk beribadat kepada Allah. Sebelumnya ia dijadikan oleh masyarakat jahiliyah sebagai tempat sembahyang selain dari Allah. Mereka datang dari berbagai daerah Arab, mewakili berbagai suku ternama. Ziarah ke Kaabah dijadikan mereka sebagai sebuah pesta tahunan. Orang ramai bertemu dan berhibur dengan kegiatan-kegiatan tradisi mereka dalam kunjungan ini. Baginda mengambil peluang ini untuk menyebarkan Islam. Antara mereka yang tertarik dengan seruan baginda ialah sekumpulan orang dari Yathrib. Mereka menemui Rasulullah dan beberapa orang Islam dari Mekah di desa bernama Aqabah secara sembunyi-sembunyi. Setelah menganut Islam, mereka bersumpah untuk melindungi Islam, Rasulullah dan orang-orang Islam Mekah.
Tahun berikutnya, sekumpulan masyarakat Islam dari Yathrib datang lagi ke Makkah. Mereka menemui Rasulullah di tempat yang mereka bertemu sebelumnya. Kali ini, Abbas bin Abdul Muthalib, pakcik baginda yang belum menganut Islam hadir dalam pertemuan itu. Mereka mengundang baginda dan orang-orang Islam Mekah untuk berhijrah ke Yathrib. Mereka berjanji akan melayani mereka sebagai saudara seagama. Dialog yang memakan masa agak lama diadakan antara mayarakat Islam Yathrib dengan pakcik Rasulullah untuk memastikan mereka sesungguhnya berhasrat mengalu-alukan masyarakat Islam Mekah di bandar mereka. Rasulullah akhirnya bersetuju untuk berhijrah beramai-ramai ke bandar baru itu.
Mengetahui ramai masyarakat Islam merancang meninggalkan Makkah, masyarakat jahiliyah Mekah cuba menghalang mereka. Namun kumpulan pertama telahpun berjaya berhijrah ke Yathrib. Masyarakat jahiliyah Mekah bimbang hijrah ke Yathrib akan memberi peluang kepada orang Islam untuk mengembangkan agama mereka ke daerah-daerah yang lain.
Hampir dua bulan seluruh masyarakat Islam dari Makkah kecuali Rasulullah, Abu Bakar, Ali dan beberapa orang yang daif, telah berhijrah. Masyarakat Mekah kemudian memutuskan untuk membunuh baginda. Mereka merancang namun tidak berjaya. Dengan berbagai taktik dan rancangan yang teratur, Rasulullah akhirnya sampai dengan selamat ke Yathrib, yang kemudian dikenali sebagai, ‘Bandar Rasulullah’.
Di Madinah, kerajaan Islam diwujudkan di bawah pimpinan Rasulullah Umat Islam bebas mengerjakan solat di Madinah. Musyrikin Makkah mengetahui akan perkara ini kemudiannya melancarkan beberapa serangan ke atas Madinah tetapi kesemuanya ditangkis dengan mudah oleh umat Islam. Satu perjanjian kemudiannya dibuat dengan memihak kepada pihak Quraish Makkah. Walau bagaimanapun perjanjian itu dicabuli oleh mereka dengan menyerang sekutu umat Islam. Orang Muslim pada ketika ini menjadi semakin kuat telah membuat keputusan untuk menyerang musyrikin Makkah memandangkan perjanjian telah dicabuli.
Pada tahun kelapan selepas penghijrahan ke Madinah berlaku, Nabi Muhammad berlepas ke Makkah. Tentera Islam yang seramai 10,000 orang tiba di Makkah dengan penuh bersemangat. Takut akan nyawa mereka terkorban, penduduk Makkah bersetuju untuk menyerahkan kota Makkah tanpa sebarang syarat. Nabi Muhammad kemudian mengarahkan supaya kesemua berhala dan patung-patung di sekeliling Kaabah dimusnahkan.
Ketika Rasulullah mengerjakan ibadah haji yang terakhir, maka pada 9 Zulhijjah tahun 10 hijarah di Lembah Uranah, Bukit Arafah, baginda menyampaikan khutbah terakhirnya di hadapan kaum Muslimin, di antara isi dari khutbah terakhir Rasulullah itu ialah:
Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan, Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu, dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini.
Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci, anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi. Ingatlah bahawa sesungguhya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan di atas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba, oleh itu, segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang.
Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara-perkara kecil.
Wahai manusia sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu, mereka juga mempunyai hak ke atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu, maka mereka juga berhak diberikan makan dan pakaian, dalam suasana kasih sayang. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.
Wahai manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini, sembahlah Allah, dirikanlah solat lima waktu, berpuasalah di bulan Ramadhan, dan tunaikanlah zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah ibadah haji sekiranya kamu mampu. Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama; tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan beramal soleh.
Ingatlah, bahawa kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan diatas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu, awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.
Wahai manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Qur’an dan Sunnahku.
Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalah-Mu kepada hamba-hamba-Mu.