Minggu, 21 April 2013
Rabu, 10 April 2013
ADE' MAPPADENDANG "BONE"
ADE'
MAPPADENDANG
Berasal dari kata dendang yang
berarti irama atau alunan bunyi. Pada masa silam, mappadendang dilakukan di
malam hari sewaktu bulan purnama. Selain itu diselenggarakan dalam kaitannya
dengan upacara tertentu yakni pernikahan dan panen yang berhasil. Mappadendang
hanya dilakukan oleh gadis-gadis dan pemuda-pemuda dari kalangan masyarakat
biasa. Pada dasarnya permainan ini berasal dari bunyi tumbukan alu ke lesung
yang silih berganti sewaktu menumbuk padi. Irama ini kemudian dikembangkan menjadi
mappadendang dengan menambah bobot irama tumbukan alu ke lesung. Pada fase
berikutnya, permainan ini lebih dikembangkan lagi, dimana alunan irama lebih
teratur disertai dengan variasi bunyi dan gerakan bahkan diiringi dengan
tarian.
Narekko purani mengngala tauwe mabiasani
ripapole acara Mappadendang. Riollini tau maccae mappadendang nainappa
ripaddepungeng siajing-siajing mareppeta, sumpulolota makkutaparo paimeng
sininna pabbanuae engkae ri lalenna kampongnge lao makkita-ita.
Artinya
:
(Sekiranya selesai menuai padi, biasanya diadakan acara Pappadendang. Dijemput orang-orang yang pandai (ahli) mappadendang, kemudian dikumpulkan sanak saudara terdekat, keluarga berhimpun lagi serta seluruh masyarakat yang ada didalam kampong datang menyaksikannya.)
............................................................................................................................
(Sekiranya selesai menuai padi, biasanya diadakan acara Pappadendang. Dijemput orang-orang yang pandai (ahli) mappadendang, kemudian dikumpulkan sanak saudara terdekat, keluarga berhimpun lagi serta seluruh masyarakat yang ada didalam kampong datang menyaksikannya.)
............................................................................................................................
Ripassadia
manenni sininna pakkakkasak maeloE ripake mappadendang. Pada padanna palungeng,
alu nennia appe maeloE naonroi sere. Naia alunna ribello-beloini
barakkuangmmengngi namakessing irita. Onrong maeloE napake mappadendang
ripakkennai collik kanau. Naia palungengnna rigattungngi sarekkuammengngi
makessing riengkalinga.
Artinya :
(Disediakan semua segala peralatan yang hendak digunakan 'mappadendang'. Seperti lesung, alu serta tikar yang hendak digunakan untuk menari. Maka alu-alunya dihias agar cantik dipandang. Tempat untuk digunkan 'mappadendang', diletakkan pucuk 'kanau'. Manakala lesungnya digantung agar bunyinya sedap di dengar)
Artinya :
(Disediakan semua segala peralatan yang hendak digunakan 'mappadendang'. Seperti lesung, alu serta tikar yang hendak digunakan untuk menari. Maka alu-alunya dihias agar cantik dipandang. Tempat untuk digunkan 'mappadendang', diletakkan pucuk 'kanau'. Manakala lesungnya digantung agar bunyinya sedap di dengar)
Tau mappadendangngero biasana engka eppa
makkunrai mabbajubodo maneng. Ianaro mannampuk ri palungeng madeceng
siselle-selle alunna, ritellani mappadendang. Iatosi buranewe mappasapu sibawa
pakeang mabolong, sulara gangka uttu nainappa mabekkeng lipak mabolong siellek
macellak. Ianaro mabbenra ricappakna palungengnge. Engkato sere mappencak silak
sisoppo-soppo nainappa maggenrang. Biasato tudang majjogek mattulili.
Artinya
:
(Ahli yang 'mappadendang', biasanya terdiri dari empat wanita berbaju 'bodo' semuanya. Merekalah yang menumbuk alu ke lesung secara bergilir-gilir alunya, lalu digelar 'mappadendang'. Sementara kaum lelaki memakai lilit kepala serta berbaju hitam, seluar sehingga lutut kemudian melilitkan kainsarung hitam bercorak merah. Merekalah yang menyorak di hujung lesung. Ada juga yang menarikan pencak silat, saling menjulang sambil memalu gendang. Kadang-kadang duduk berjoget berkeliling.)
(Ahli yang 'mappadendang', biasanya terdiri dari empat wanita berbaju 'bodo' semuanya. Merekalah yang menumbuk alu ke lesung secara bergilir-gilir alunya, lalu digelar 'mappadendang'. Sementara kaum lelaki memakai lilit kepala serta berbaju hitam, seluar sehingga lutut kemudian melilitkan kainsarung hitam bercorak merah. Merekalah yang menyorak di hujung lesung. Ada juga yang menarikan pencak silat, saling menjulang sambil memalu gendang. Kadang-kadang duduk berjoget berkeliling.)
Temmaka kessinna riengkalinga uni palungengnna
nennia kessingna irita kedo-kedona pasere. Pada makkapulunni tauwe makkita-ita
nasibawa maneng pakkitanna laoritau engkae mappadendang. Sukku ininnawani tau
papolenngi acara appadendangengnge.
Artinya:
(Sangat indah kedengaran alunan bunyi lesung sama indahnya gerakan-gerakan penari. Berkumpullah penonton menumpukan pemandangan mereka ke arah orang-orang yang 'mappadendang'. Sangat senang hatilah orang yang menganjurkan acara 'mappadendang' tersebut.)
Risesena pallaonrumae mappunaiwi akkatta mattentu naripapole appadendangengnge, ianaritu melo pannesai tanrang asukkurukengna lao ripuang seuwae, porennui engka wasselek ase maega pole rigalungnge.
(Sangat indah kedengaran alunan bunyi lesung sama indahnya gerakan-gerakan penari. Berkumpullah penonton menumpukan pemandangan mereka ke arah orang-orang yang 'mappadendang'. Sangat senang hatilah orang yang menganjurkan acara 'mappadendang' tersebut.)
Risesena pallaonrumae mappunaiwi akkatta mattentu naripapole appadendangengnge, ianaritu melo pannesai tanrang asukkurukengna lao ripuang seuwae, porennui engka wasselek ase maega pole rigalungnge.
Artinya
:
(Pihak tuan rumah yang menghajatkan sesuatu menganjurkan majlis mappadendang, adalah untuk menunjukkan rasa kesyukuran kepada Tuhan yang Esa, menyukuri adanya hasil padi yang banyak dari sawahnya).
(Pihak tuan rumah yang menghajatkan sesuatu menganjurkan majlis mappadendang, adalah untuk menunjukkan rasa kesyukuran kepada Tuhan yang Esa, menyukuri adanya hasil padi yang banyak dari sawahnya).
Biasa to appadendangengnge ripapolei narekko
engka tau maelo ripa botting. Riwettu mappanampuknanaro mebbu berrek maelo
napake mappabotting, biasa mappadendangtoi sipakrio rio mannampik ase.
Artinya
:
(Pernah juga majlis mappadendang diadakan sekiranya ada pasangan mahu di kahwinkan. Semasa upacara menumbuk padi dijadikan beras untuk kegunaan majlis perkahwinan, kebiasaannya (mereka) 'mappadendang' juga bersukaria sambil menampi padi.)
(Pernah juga majlis mappadendang diadakan sekiranya ada pasangan mahu di kahwinkan. Semasa upacara menumbuk padi dijadikan beras untuk kegunaan majlis perkahwinan, kebiasaannya (mereka) 'mappadendang' juga bersukaria sambil menampi padi.)
Naia asena tau rioloe riengngala nainappa
riwesse. Narekko maelok riebbu berre rinampupa ripalungengnge. Dek napada
makkukue, ase risangkimani nainappa risampak yaregga ridaros. Narekko maeloi
ripancaji berrek, ripaberrek mani bawang. Ianaro saba'na namakuranna tau
mappadendang makkukuangnge.
Artinya
:
(Sebenarnya padi orang dahulu (pada masa dahulu) dituai kemudian di'wesse' ( wesse: tangkai padi disusun hampir separuh pemeluk, kemudian diikat dengan rotan). Sekiranya hendak dijadikan beras, mesti ditumbuk dalam lesung. Tidak seperti sekarang, padi hanya disabit kemudian dibanting ataupun diketam menggunakan mesin. Jika hendak dijadikan beras, dimesin sahaja. Sebab itulah kurang sudah orang 'mappadendang' sekarang ini.)
(Sebenarnya padi orang dahulu (pada masa dahulu) dituai kemudian di'wesse' ( wesse: tangkai padi disusun hampir separuh pemeluk, kemudian diikat dengan rotan). Sekiranya hendak dijadikan beras, mesti ditumbuk dalam lesung. Tidak seperti sekarang, padi hanya disabit kemudian dibanting ataupun diketam menggunakan mesin. Jika hendak dijadikan beras, dimesin sahaja. Sebab itulah kurang sudah orang 'mappadendang' sekarang ini.)
Minggu, 17 Maret 2013
PENDIDIKAN
PEMBAHASAN
a. Definisi
Pendidikan
Dalam perbahasan mengenai definisi pendidikan, penulis
mengutarakan beberapa pandangan sarjana. Anwar Ibrahim (1986) menyatakan,
pendidikan itu bukan hanya untuk menimba ilmu pengetahuan tetapi untuk
membentuk insan yang baik, penuh dengan adab sopan dan berakhlak tinggi kerana
ilmu pengetahuan tanpa disiplin dan moral bukanlah ilmu dalam ertikata yang
sebenarnya (Tajul Ariffin Noordin 1993).
Tajul Ariffin Noordin (1993) pula mendefinisikan
pendidikan sebagai ilmu yang menyeluruh dan bersepadu sifatnya. Proses
perlaksanaannya memerlukan kelembutan dan kebijaksanaan yang tinggi. Menerusi
konsep pendidikan perlulah dibina kesepaduan ilmu iaitu integrasi di antara
ilmu pengetahuan menerusi akal dengan ilmu wayhu iaitu dari al-quran dan hadis.
b. Definisi
Pendidikan Islam
Pendidikan Islam tersimpan pelbagai falsafah dan
matlamat yang murni. Para sarjana Islam mendefinisikan Pendidikan Islam dengan
pelbagai pandangan. Menurut Mohd Athiyah Al-Abrasyi,
“Pendidikan
moden sekarang ini memerlukan amat pendidikan Islam iaitu pendidikan idealis
yang bersifat kerohanian, moral dan keagamaan hingga kita belajar itu adalah
kerana ilmu dan kelazatan ilmiah, dengan demikian kita terlepas dari
keruntukan, kejahatan dan kemiskinan, keserakahan, penjajahan dan
keangkara-murkaan serta peperangan-peperangan dengan segala bencana yang
ditimbulkannya demi untuk dapat menikmati suatu kehidupan yang abadi, hidup
bersama saling bantu membantu dan dalam suasana demokrasi dan bahagia”
(Tajul
Ariffin Noordin 1993)
Pandangan Mohd Athiyah Al-Abrasyi ini, diperluaskan
lagi skop definisinya oleh Abdul Halim El-Muhammady (1987, 1994) dan Ahmad
Fauzi & Ahmad Tarmizi (1998) yang merumuskan Pendidikan Islam merupakan
proses mendidik, membentuk serta melatih individu manusia dalam berbagai-bagai
aspek sama ada akal, rohani, emosi dan fizikalnya berasaskan sumber wahyu,
al-Quran dan Sunnah serta sumber-sumber ijtihad lain untuk melahirkan manusia
yang seimbang dan bertanggungjawab terhadap Allah, manusia dan alam semesta
bagi memenuhi tanggungjawab sebagai khalifah di muka bumi.
Matlamat utama Pendidikan Islam ialah untuk melahirkan
seorang muslim yang menjadikan Rasulullah sebagai contoh dan ikutan sebagai
seorang yang berkualiti dan berjaya melaksanakan tugas dan tanggungjawabnya
seperti yang dituntut oleh Islam. Skop pendidikan Islam ini amatlah
komprehensif iaitu merangkumi pendidikan jasmani, aqli, akhlak dan rohani (Mohd
Mokhtar Shafii 1994).
Tegasnya penulis berpandangan, Pendidikan Islam
merupakan satu proses atau operasi yang cukup teliti dan terancang dalam
usaha mendidik seseorang insan berpandukan al-Quran dan Sunnah agar seimbang
dalam segenap aspek pembangunan diri dan seterusnya mengamalkan akhlak mahmudah
sesuai dengan fitrahnya sebagai khalifah di dunia.
Pendapat penulis disokong dengan pandangan Engku
Ibrahim Ismail yang berpendapat Pendidikan Islam lebih menekankan
pembangunan individu bukan sahaja dari aspek fizikal, tetapi juga aspek rohani
dan akhlak yang bertujuan untuk membangunkan potensi dan kecenderungan ke arah
kebaikan kepada orang lain di samping menghindari akhlak buruk atau dengan
konsep yang kini dikenal sebagai al-amru bi al-ma’ruf wa al-nahyu ’an
al-munkar (Abdullah Ishak 1995).
c. Pemikiran Teologi
Perkembangan pemikiran Teologi dalam Islam dapat
dibagi dalam 5 periode,yakni periode Rasulullah saw., Khulafa al-Rasyidin, Bani
Umayyah, Bani ‘Abbas, dan periode sesudah Bani ‘Abbas.Pada
masa Rasulullah saw. pemikiran teologi dalam Islam merupakan pemikiranyang
murni karena mendasarkan hanya pada Rasulullah saw, Pada periode ini tidak
ada perselisihan pendapat dalam dasar-dasar ataupun kaidah-kaidah
teologis.Pada masa Khulafa al-Rasyidin sebelum Khalifah ‘Utsman ibn ‘Affan juga
belumterjadi perbedaan pendapat dalam teologi Islam, hal ini disebabkan oleh
praktek teologi Islam langsung didasarkan pada Alqur’an dan Hadis
tanpa pentakwilan atas nash-nashnya. Pada masa Khalifah ‘Utsman terjadi perpecahan
politik dalam tubuh umatIslam, sehingga berdampak pada penafsiran
Alqur’an dan Hadis menurut selera masing-masing
golongan, bahkan sebagian melakukan pemalsuan terhadap Hadis untuk mendukung keberadaan dan kebenaran kelompok tertentu. Pada masa Bani Umayah perluasan wilayah Islam membawa konsekwensi penyerapan tradisi-tradisi non Islam dalam budaya dan peradaban Islam.
Berbagai aliran yang muncul pada masa akhir
Khulafa al-Rasyidin semakin memuncak. Pada masa ini segolongan umat Islam telah
berbeda pendapat tentang qadar dan Aliran-aliran yang muncul dalam
periode ini antara lain: Qadariyah Ma’bad al-Juhaniy Ghailân al-Dimasyqiy
danal-Ja‘ad Ibn Dirham dikenal sebagai tokoh awal dari aliran.
1.
Qadariyah. Salah satu
pemikiran mereka yang sangat kontroversial pada masa itu adalah bahwa Alqur’an
adalah makhluk serta kehidupan manusia dibentuk oleh manusia itu sendiri dan terlepas dari ketentuan Tuhan.
Aliran Qadariyah ini
mendapat tantangan keras dari para sahabat Nabi saw, seperti
‘Abdullah ibn ‘Umar, Anas ibn Malik, Ibn ‘Abbasdan Abu Hurairah. Para sahabat
ini menganjurkan umat Islam untuk menjauhkan diridari golongan Qadariyah, tidak memberi salam kepada mereka, tidak
mengunjungi ‘Abd al-Qâhar ibn Ţâhir ibn Muhammad al-Baghdâdîy Abû
Manşûr, al-Farq bain al-Firaq wa bayân al- Firqah al Nâjiyah, mereka saat sakit, dan tidak mensalatkan jenazah mereka, sebagaimana
dinyatakan dalam kitab al-Farq bain
al-Firaq wa bayân al-Firqah al-Nâjiyah
Jabariah atau Mujbarah atau Mu’aţţilah atau Jahmiyah.
Jaham ibn Şafwân
yang merupakan tokoh awal dari aliran ini. Diantara ciri-ciri ajaran Jabariyah adalah
:
a.
Bahwa manusia tidak mempunyai kebebasan dan ikhtiar
apapun, setiap perbuatannya baik yang jahat, buruk atau baik semata allah
semata yangmenentukannya.
b. Bahwa
Allah tidak mengetahui sesuatu apapun sebelum terjadi.
c. Ilmu
Allah bersifat Huduts (baru) d.Iman cukup dalam
hati saja tanpa harus dilafadhkan.
e. Bahwa
Allah tidak mempunyai sifat yang sama dengan makhluk ciptaanNya.
f. Bahwa surga dan neraka tidak kekal, dan akan hancur
dan musnah bersama penghuninya, karena yang kekal dan abadi
hanyalah Allah semata.
g. Bahwa
Allah tidak dapat dilihat di surga oleh penduduk surga.
h .Bahwa Alqur'an adalah makhluk dan bukan kalamullah.
3. Khawarij Aliran ini muncul dipenghujung abad pertama Hijriah dan dikenal
dengan pemikirannya yang menyatakan
bahwa orang yang mengerjakan dosa besar adalahkafir. Berbagai pemikiran
mereka yang lain adalah:
a.Segala perbuatan hamba mengikut kehendak Allah
semata-mata.
b.Menolak ijtihad dan berpegang dengan zahir
al-Quran.
c.Menolak taklif sebelum diutus Rasul.d.Menolak adanya
azab kubur.
d. Pendidikan Islam Di Zaman
Khulafa’ Al-Rasyidin
Sistem
pendidikan pada zaman Khulafa’ al-Rasyidin telah berkembang dengan baik. Ia
memberi nafas baru bagi menyambung tradisi sistem pendidikan yang telah
dilaksanakan pada zaman Nabi Muhammad s.a.w.. Pada zaman baginda, negara Islam
berkembang meliputi Semenanjung Tanah Arab. Pendidikan hanya berpusat di kota
Madinah tetapi perkembangan pendidikan semakin meluas dan berkembang pesat pada
zaman Khulaa’ al-Rasyidin. Pusat pendidikan tersebar di bandar besar seperti
bandar Madinah dan Makkah, Basrah dan Kufa, Damsyik dan Palestin dan Madrasah
Fustat (Mahayudin 1993).
e.
Objektif Pendidikan
Menurut
Zawawi (1984), objektif perdidikan Islam di zaman Rasulullah s.a.w. ialah untuk
membentuk sahsiah Islamiyah yang tulin yang dapat bangun berjuang bagi
menegakkan Islam agama Allah yang suci. Manakala kandungan pendidikan Islam
yang disampaikan bergantung kepada wahyu daripada Allah s.w.t..
Beliau
menjelaskan lagi, dalam masa yang sama, para Khulafa’ al-Rasyidin, sahabat
Rasulullah s.a.w. ialah orang-orang yang mewarisi risalah Rasulullah s.a.w.,
menyambung usaha-usaha yang telah diatur dan disusun oleh baginda dengan
mengikut segala acuan yang telah dirintis baginda semasa hidupnya. Perkara ini
dapat dilihat melalui proses perlantikan Khalifah al-Rasyidin ketiga, selepas
kematian Khalifah Umar bin Al-Khattab, iaitu semasa dalam memilih antara dua
orang calon khalifah iaitu Uthman bin Affan dan Ali bin Abi Talib, Abdul Rahman
bin Auf diamanahkan untuk mengendalikannya. Selepas beliau meminta pandangan
dan pendapat daripada pihak-pihak tertentu seperti sahabat karib nabi dan
ketua-ketua kabilah. Hasil tinjauan tersebut didapati ada yang menyokong Uthman
dan ada juga yang menyokong Ali.
Akhirnya Abdul Rahman bin Auf pergi
sendiri bertanya kepada Saidina Ali, katanya, ‘Jika sekiranya engkau
dilantik menjadi khalifah, adakah engkau sanggup melaksanakan kesemua ajaran
al-Quran dan Hadis, serta mengikut jejak dua orang khalifah sebelum kamu?’
Jawab Ali, ‘Aku harap aku boleh melakukannya di atas kadar kebolehan dan
kemampuanku.’ Kemudian Abdul Rahman bin Auf pergi berjumpa pula Saidina
Uthman dan mengemukakan pertanyaan yang serupa. Lantas Saidina Uthman bin Affan
menjawab dengan jawapan yang pendek dan tegas, ‘Ia, aku sanggup.’ Dengan
ketegasan dan kesungguhan yang ditunjukkan oleh Uthman itu, maka Abdul Rahman
bin Auf terus melantik Uthman bin Affan sebagai khalifah yang baru (Mahayudin
Yahaya & Ahmad Jelani Halimi 1993).
Ini bererti, menjadi prasyarat
sebelum seseorang yang menjadi calon Khalifah Islam ialah melaksanakan ajaran
al-Quran dan As-Sunnah serta meneruskan segala usaha yang telah dilaksanakan
oleh Khalifah sebelum mereka. Oleh sebab itu, objektif pengajaran Pendidikan
Islam di zaman Khulafa’ Al-Rasyidin juga sama dengan objektif pengajaran di
zaman Rasulullah s.a.w. iaitu membentuk sahsiah Islamiyah yang tulin untuk
menegakkan Islam sebagai agama Allah yang suci.
f. Isi
kandungan / sukatan pelajaran pendidikan islam
Isi kandungan pelajaran pendidikan
Islam di zaman Khulafa’ Al-Rasyidin adalah sama dengan isi kandungan yang
terdapat pada zaman Rasulullah s.a.w. iaitu wahyu dari Allah (al-Quran). Walau
bagaimanapun, pada zaman pemerintahan Khulafa’ al-Rasyidin, isi kandungan
pelajaran pendidikan Islam telah bertambah dengan adanya perubahan zaman dan
masalah yang dihadapi oleh umat Islam ketika itu.
Selain ilmu al-Quran dan As-Sunnah
(hadis), pertambahan ilmu yang ada ketika zaman Khulafa’ al-Rasyidin yang
berkaitan ilmu Islam ialah tafsir al-Quran, Tauhid, Fekah, Ilmu Mantiq, Bahasa
Arab, sajak, syair yang berunsur pendidikan, Ilmu Fizikal seperti memanah,
menunggang kuda, bermain pedang dan ilmu mempertahankan diri untuk menegakkan
dan menyebarkan Islam serta menghafaz dan mengingat beberapa surah.
Menurut Norliyana (2007) pelajaran
yang dijadikan tumpuan utama ialah tauhid, fekah, hadis, Al-Quran, dan Ilmu
Mantiq. Khalifah Umar menggalakkan umat Islam belajar Bahasa Arab, penghasilan
sajak dan syair yang berunsur pendidikan. Mata pelajaran yang belum ada di
zaman Khulafa’ al-Rasyidin ialah ilmu hadis, sejarah, ilmu alam, ilmu
pendidikan, karangan, ilmu sains, kimia dan perubatan kerana ia wujud di zaman
Umaiyah (Suffian Abdul Rahman 1983).
g. Sumber
Pendidikan Islam
Menurut Mahmood Zuhdi (1992) sumber
pendidikan Islam dari zaman Rasulullah hingga zaman Khalifah Abu Bakar
As-Siddiq r.a. ialah Al-Quran, As-Sunnah dan Ijtihad para sahabat Rasulullah
s.a.w.. Ini berdasarkan sabda Rasulullah s.a.w. kepada Muaz bin Jabal ketika
Muaz diutuskan ke Yaman jelas menunjukkan penggunaan sumber tersebut digunakan:
Sabda Rasullullah s.a.w. kepada Muaz
bin Jabal ketika baginda mengutus beliau ke Yaman. Baginda bertanya kepada
Muaz: “Dengan apa engkau berhukum?” Jawabnya “dengan kitab Allah?” Sabda
baginda: “ Jika engkau tidak menjumpainya (dalam al-Quran)? Jawab Muaz :
Dengan sunnah Rasulullah saw,” Sabda baginda: “ Jika engkau tidak juga
menjumpainya? Jawab Muaz: “ Aku berijtihad dengan pendapatku.” Maka rasulullah
s.a.w menepuk dada Muaz dan bersabda: “ Segala puji dan puja hanya bagi Allah
yang telah memberikan taufik kepada utusan Rasulullah dalam perkara yang
diredai oleh Rasulullah.
(Riwayat al-Tarmizi)
Berdasarkan hadis tersebut, penulis
melihat sumber pendidikan Islam pada zaman Khalifah Abu Bakar As-Siddiq
r.a. menggunakan al-Quran, As-Sunnah dan Ijtihad para sahabat Rasulullah s.a.w.
Ini dapat kita lihat bagaimana Khalifah Abu Bakar yang menggunakan ijtihad
beliau di dalam membukukan mashaf al-Quran kerana Rasulullah tidak pernah
mengarahkan untuk membukukan al-Quran.
Seterusnya pada zaman Khalifah Umar
bin Al-Khattab sumber pendidikan Islam telah bertambah iaitu dengan menerima
ilmu dan tamadun dari sumber luar yang tidak bertentangan dengan ajaran
al-Quran dan As-Sunnah terutama ilmu dan tamadun dari wilayah-wilayah kekuasaan
Islam terutama tamadun dari Parsi. Perkara ini berterusan sehingga ke zaman
pemerintahan Khalifah Ali bin Abi Thalib r.a.
By. Sahabat Kalong
Mengenali Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam
Mengenali
Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam

“Tak Kenal, Maka Tak Cinta”. Rata-rata umat Islam,
terutamanya golongan muda masih lagi tidak mengenali Rasul junjungan kita.
Demikianlah sikap kita terhadap Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam.
Seseorang itu tidak akan menyambut kelahiran Rasulullah SAW jika tiada
perasan cinta terhadap baginda. Menyedihkan lagi, sebahagian daripada umat
Islam lebih mengingati paderi ‘Saint Valentine’ (bersempena hari kekasih
ataupun Valentine’s Day) daripada mengingati Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi
Wasallam, lebih mengingati biodata para artis daripada biodata Rasulullah
Sallallahu ‘Alaihi Wasallam. Justeru itu, bersempena dengan sambutan Maulidur
Rasul, marilah kita sama-sama menghayati biodata baginda dan
kronologi-kronologi kisah hidup baginda. Selawat dan salam ke atas nabi
junjungan, Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam. Sabda Nabi
Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam : “Barangsiapa yang berselawat
kepadaku pada waktu pagi sepuluh kali dan pada waktu petang sepuluh kali, dia
akan memperolehi syafaatku pada hari kiamat. “
Surah Al-Anbiya, ayat 107 bermaksud:
“Dan tidak kami (Allah) utuskan kamu (wahai Muhammad)
melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam.”
BIODATA
Nama :
Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bin
‘Abdullah bin ‘Abdul Mutalib bin Hasyim bin ‘Abdul Manaf bin Qusai bin Kilab
bin Murrah bin Ka’ab bin Lu’ai bin Ghalib bin Fihr bin Malik bin Nadr bin
Kinanah bin Khuzaimah bin Mudrikah bin Ilyas bin Mudhar bin Nizar bin Ma’ad bin
‘Adnan.
Bapa :
Abdullah bin Abdul Mutalib
Ibu :
Aminah binti Wahab bin ‘Abdul Manaf bin Zuhrah bin
Kilab
Tarikh lahir :
Isnin, 12 Rabi’ul Awal Tahun Gajah
Status :
Anak yatim, kematian bapa semasa 2 bulan dalam
kandungan. Ibunya wafat semasa berumur 6 tahun.
Isteri-isteri :
- Khadijah binti Khuwailid Radhiallahu ‘Anha
- Saudah binti Zam’ah Radhiallahu ‘Anha
- ‘Aisyah binti Abu Bakar Radhiallahu ‘Anhuma
- Hafsah binti Umar Radhiallahu ‘Anhuma
- Zainab binti Khuzaimah Radhiallahu ‘Anha
- Ummu Salamah, Hindun binti Abu Umayyah Radhiallahu ‘Anha
- Zainab binti Jahsy Radhiallahu ‘Anha
- Juwairiyah binti Harith Radhiallahu ‘Anha
- Ummu Habibah, Ramlah binti Abu Sufyan Radhiallahu ‘Anhuma
- Shafiyyah binti Huyai bin Akhtab Radhiallahu ‘Anha (Banu Nadir keturunan Nabi Harun)
- Maimunah binti Harith Radhiallahu ‘Anha
- · Semua isteri Nabi Sallallahu ‘Alaihi Wasallam janda semasa dikahwini kecuali Aisyah Radhiallahu ‘Anha.
- · Nabi Sallallahu ‘Alaihi Wasallam meninggalkan 9 orang isteri setelah kewafatannya.
Zuriat :
- Qasim Radhiallahu ‘Anhu (menyebabkan baginda Sallallahu ‘Alaihi Wasallam digelar Abul Qasim)
- Zainab Radhiallahu ‘Anha
- Ruqayyah Radhiallahu ‘Anha
- Ummu Kalthum Radhiallahu ‘Anha
- Fatimah Radhiallahu ‘Anha
- Abdullah Radhiallahu ‘Anhu (digelar sebagai at-Taiyib dan at-Tahir)
- Ibrahim Radhiallahu ‘Anhu.
- Semuanya daripada Khadijah Radhiallahu ‘Anha kecuali Ibrahim Radhiallahu ‘Anhu daripada Mariah Al-Qibtiyyah Radhiallahu ‘Anha.
- Semua anak-anak Nabi Sallallahu ‘Alaihi Wasallam wafat sewaktu hayat baginda Sallallahu ‘Alaihi Wasallam kecuali Fatimah Radhiallahu ‘Anhu.
- Semua anak lelaki wafat sewaktu kecil lagi.
PERISTIWA PENTING DARI KELAHIRAN HINGGA DIANGKAT
MENJADI RASUL.
- Dipelihara oleh datuknya ‘Abdul Mutalib setelah lahir.
- Disusukan oleh Suwaibah hamba Abu Lahab sebelum diserahkan kepada Halimah binti Abi Zuwaib dari puak Sa’ad bin Bakr.
- Mendatangkan keberkatan kepada Kampung Banu Sa’ad bila tiba di sana.
- Selepas dua tahun dibawa balik kepada bondanya Aminah, namun Halimah As-Sa’adiyah memujuk bonda Nabi Sallallahu ‘Alaihi Wasallam untuk terus memelihara baginda Sallallahu ‘Alaihi Wasallam.
- Belajar mengembala kambing sejak daripada kecil dan dapat bercakap bahasa Arab Fusha dengan baik hasil daripada tinggal di kampung Banu Sa’ad.
- Peristiwa di bedah dada oleh malaikat, kemudiannya dihantar pulang ke jagaan ibunya. (Umur 5 tahun)
- Wafatnya Aminah di Abwa’. (Umur 6 tahun)
- Dipelihara pula oleh datuknya Abdul Muttalib.
- Dipelihara oleh Abu Talib selepas kematian Abdul Muttalib. (Umur 8 tahun)
- Memulakan perjalanan pertama ke Syam untuk berniaga bersama bapa saudaranya Abu Talib, bertemu dengan paderi Buhaira. (Umur 12 tahun)
- Mula berdikari mencari rezeki dengan menternak kambing.
- Berlaku Peperangan Al-Fijar: (Umur 20)
- Hilfu Al-Fudhul:
- Bertujuan untuk membela hak-hak orang yang dianiaya.
- Berpunca dari kejadian seorang Badwi dari Usun Zubaid datang ke Mekah menjual barang namun seorang pembeli, ‘Ash bin Wail tidak membayar harga barangan yang dibeli.
- Musafir kali ke-2 ke Syam bersama Maisarah membawa barang dagangan Khadijah binti Khuwailid Radhiallahu ‘Anha. (Umur 25 tahun)
- Khadijah Radhiallahu ‘Anha menawarkan diri menjadi suri hidup Baginda Sallallahu ‘Alaihi Wasallam melalui Nafisah binti Manbah.
- Perkahwinan dengan Khadijah Radhiallahu ‘Anha semasa baginda Sallallahu ‘Alaihi Wasallam berumur (25 tahun), manakala Khadijah Radhiallahu ‘Anha berumur (40 tahun).
- Kelahiran Qasim Radhiallahu ‘Anhu pada umur (28 tahun).
- Kelahiran Zainab Radhiallahu ‘Anha.
- Wafatnya Qasim Radhiallahu ‘Anhu semasa berumur 2 tahun.
- Penyertaan Baginda Sallallahu ‘Alaihi Wasallam dalam pembinaan Kaabah yang runtuh akibat banjir di Kota Mekah. (Umur 35 tahun)
- Menyelesaikan persengketaan dalam usaha meletakkan Hajarul Aswad.
- Terkenal dengan panggilan Al-Amin.
———————————————————
Nabi Muhammad telah diputerakan di Makkah, pada
hari Isnin, 12 Rabiulawal (20 April 571M). Ibu baginda,
iaitu Aminah binti Wahb, adalah anak perempuan kepada Wahb bin Abdul Manaf
dari keluarga Zahrah. Ayahnya,Abdullah, ialah anak kepada Abdul Muthalib.
Keturunannya bersusur galur dari Nabi Ismail, anak kepada
Nabi Ibrahim kira-kira dalam keturunan keempat puluh.
Ayahnya telah meninggal sebelum kelahiran baginda.
Sementara ibunya meninggal ketika baginda berusia kira-kira enam tahun,
menjadikannya seorang anak yatim. Menurut tradisi keluarga atasan Mekah,
baginda telah dipelihara oleh seorang ibu angkat(ibu susu:-wanita yang
menyusukan baginda) yang bernama Halimahtus Sa’adiah di kampung halamannya
di pergunungan selama beberapa tahun. Dalam tahun-tahun itu, baginda telah
dibawa ke Makkah untuk mengunjungi ibunya. Setelah ibunya meninggal, baginda
dijaga oleh datuknya, Abdul Muthalib. Apabila datuknya meninggal, baginda
dijaga oleh bapa saudaranya, Abu Talib. Ketika inilah baginda sering kali
membantu mengembala kambing-kambing bapa saudaranya di sekitar Mekah dan kerap
menemani bapa saudaranya dalam urusan perdagangan ke Syam (Syria).
Sejak kecil, baginda tidak pernah menyembah berhala
dan tidak pernah terlibat dengan kehidupan sosial arab jahiliyyah yang
merosakkan dan penuh kekufuran.
Dalam masa remajanya, Nabi Muhammad percaya sepenuhnya
dengan keesaan Allah. Baginda hidup dengan cara amat sederhana dan
membenci sifat-sifat angkuh dan bongkak. Baginda menyayangi orang-orang miskin,
para janda dan anak-anak yatim serta berkongsi penderitaan mereka dengan
berusaha menolong mereka. Baginda juga menghindari semua kejahatan yang menjadi
amalan biasa di kalangan para belia pada masa itu sepertiberjudi,
meminum minuman keras, berkelakuan kasar dan lain-lain, sehingga beliau
dikenali sebagai As Saadiq (yang benar) dan Al Amin
(yang amanah). Baginda sentiasa dipercayai sebagai orang tengah kepada dua
pihak yang bertelingkah di kampung halamannya di Mekah.
Ketika berusia kira-kira 25 tahun, ayah saudara
baginda menyarankan baginda untuk bekerja dengan kafilah (rombongan perniagaan)
yang dimiliki oleh seorang janda yang bernama Khadijah. Baginda diterima
bekerja dan bertanggungjawab terhadap pelayaran ke Syam (Syria). Baginda
mengelolakan urusniaga itu dengan penuh bijaksana dan pulang dengan
keuntungan luar biasa.
Khadijah begitu tertarik dengan kejujuran dan watak
peribadinya yang mendorong beliau untuk menawarkan diri untuk mengahwini
baginda. Baginda menerima lamarannya dan perkahwinan mereka adalah bahagia.
Mereka dikurniakan 6 orang anak (2 lelaki dan 4 perempuan) tetapi kedua-dua
anak lelaki mereka, Qasim dan Abdullah meninggal semasa kecil. Manakala anak
perempuan baginda ialah Ruqayyah, Zainab, Ummu Kalsum
dan Fatimah az-Zahra. Khadijah merupakan satu-satunya isterinya
sehinggalah Khadijah meninggal pada usia 51 tahun. Seorang lagi anak baginda
adalah hasil perkahwinan baginda dengan Mariah Al-Qibtiyyah. Putera baginda
bersama Mariah bernama Ibrahim itu juga meninggal semasa kecil.
Muhammad telah dilahirkan di tengah-tengah masyarakat
jahiliyah. Ia sungguh menyedihkan hatinya sehingga beliau kerapkali ke Gua
Hira, sebuah gua bukit dekat Makkah, yang kemudian dikenali sebgai Jabal
An Nur untuk memikirkan cara untuk mengatasi gejala yang dihadapi
masyarakatnya. Di sinilah baginda sering berfikir dengan mendalam, memohon
kepada Allah supaya memusnahkan kedurjanaan yang kian berleluasa.
Pada suatu malam, ketika baginda sedang bertafakur
di Gua Hira, Malaikat Jibril mendatangi Muhammad. Jibril
membangkitkannya dan menyampaikan wahyu Allah di telinganya. Baginda diminta
membaca. Baginda menjawab, “Saya tidak tahu membaca”. Jibril mengulangi tiga
kali meminta Muhammad untuk membaca tetapi jawapan baginda tetap sama.
Akhirnya, Jibril berkata:
“Bacalah dengan menyebut nama Tuhanmu yang menciptakan
manusia dari segumpal darah. Bacalah, dengan nama Tuhanmu yang Amat Pemurah,
yang mengajar manusia dengan perantaraan (menulis, membaca). Dia mengajarkan
kepada manusia apa yang tidak diketahuinya.”
Ini merupakan wahyu pertama yang diterima oleh
Muhammad. Ketika itu baginda berusia 40 tahun. Wahyu itu turun kepada baginda
dari semasa ke semasa dalam jangka masa 23 tahun. Siri wahyu ini telah
diturunkan menurut panduan yang diberikan Rasulullah dan dikumpulkan dalam buku
bernama Al Mushaf yang juga dinamakan Al-Quran
(bacaan). Kebanyakkan ayat-ayatnya mempunyai erti yang jelas. Sebahagiannya
diterjemah dan dihubungkan dengan ayat-ayat yang lain. Sebahagiannya pula
diterjemah oleh Rasulullah sendiri melalui percakapannya, tindakan dan
persetujuan yang terkenal, dengan namaSunnah. Al-Quran dan al Sunnah
digabungkan bersama untuk menjadi panduan dan cara hidup mereka yang
menyerahkan diri kepada Allah.
Apabila Rasulullah menyeru manusia ke jalan Allah,
tidak ramai yang mendengar seruannya. Kebanyakkan pengikut baginda adalah dari
anggota keluarganya dan dari golongan masyarakat bawahan, Antara mereka
ialah Khadijah, Ali, Zayd dan Bilal. Apabila baginda
memperhebat kegiatan dakwahnya dengan mengumumkan secara terbuka
agama Islam yang disebarkannya, dengan itu ramai yang mengikutnya. Tetapi
pada masa, baginda menghadapi berbagai cabaran dari kalangan bangsawan dan para
pemimpin yang merasakan kedudukan mereka terancam. Mereka bangkit bersama untuk
mempertahankan agama datuk nenek mereka.
Semangat penganut Islam meningkat apabila sekumpulan kecil masyarakat
yang dihormati di Makkah menganut agama Islam. Antara mereka ialah Abu
Bakar, Uthman bin Afan, Zubair bin Al Awwam, Abdul Rahman bin Auf,
Ubaidillah bin Harith, Amr bin Nufail dan ramai lagi.
Akibat cabaran dari masyarakat jahiliyah di Mekah,
sebahagian orang Islam disiksa, dianiaya, disingkir dan dipulaukan. Baginda
terpaksa bersabar dan mencari perlindungan untuk pengikutnya. Baginda
meminta Negus Raja Habsyah, untuk membenarkan orang-orang Islam
berhijrah ke negaranya. Negus mengalu-alukan ketibaan mereka dan tidak
membenarkan mereka diserah kepada penguasa di Makkah.
Di Makkah terdapat Kaabah yang telah dibina
oleh Nabi Ibrahim a.s. beberapa abad lalu sebagai pusat penyatuan umat
untuk beribadat kepada Allah. Sebelumnya ia dijadikan oleh masyarakat jahiliyah
sebagai tempat sembahyang selain dari Allah. Mereka datang dari berbagai daerah
Arab, mewakili berbagai suku ternama. Ziarah ke Kaabah dijadikan mereka sebagai
sebuah pesta tahunan. Orang ramai bertemu dan berhibur dengan kegiatan-kegiatan tradisi
mereka dalam kunjungan ini. Baginda mengambil peluang ini untuk menyebarkan
Islam. Antara mereka yang tertarik dengan seruan baginda ialah sekumpulan orang
dari Yathrib. Mereka menemui Rasulullah dan beberapa orang Islam dari Mekah
di desa bernama Aqabah secara sembunyi-sembunyi. Setelah menganut Islam,
mereka bersumpah untuk melindungi Islam, Rasulullah dan orang-orang Islam
Mekah.
Tahun berikutnya, sekumpulan masyarakat Islam dari
Yathrib datang lagi ke Makkah. Mereka menemui Rasulullah di tempat yang mereka
bertemu sebelumnya. Kali ini, Abbas bin Abdul Muthalib, pakcik baginda yang
belum menganut Islam hadir dalam pertemuan itu. Mereka mengundang baginda dan
orang-orang Islam Mekah untuk berhijrah ke Yathrib. Mereka berjanji akan
melayani mereka sebagai saudara seagama. Dialog yang memakan masa agak lama
diadakan antara mayarakat Islam Yathrib dengan pakcik Rasulullah untuk
memastikan mereka sesungguhnya berhasrat mengalu-alukan masyarakat Islam Mekah
di bandar mereka. Rasulullah akhirnya bersetuju untuk berhijrah beramai-ramai
ke bandar baru itu.
Mengetahui ramai masyarakat Islam merancang
meninggalkan Makkah, masyarakat jahiliyah Mekah cuba menghalang mereka.
Namun kumpulan pertama telahpun berjaya berhijrah ke Yathrib. Masyarakat
jahiliyah Mekah bimbang hijrah ke Yathrib akan memberi peluang kepada orang
Islam untuk mengembangkan agama mereka ke daerah-daerah yang lain.
Hampir dua bulan seluruh masyarakat Islam dari Makkah
kecuali Rasulullah, Abu Bakar, Ali dan beberapa orang yang daif, telah
berhijrah. Masyarakat Mekah kemudian memutuskan untuk membunuh baginda. Mereka
merancang namun tidak berjaya. Dengan berbagai taktik dan rancangan yang
teratur, Rasulullah akhirnya sampai dengan selamat ke Yathrib, yang kemudian
dikenali sebagai, ‘Bandar Rasulullah’.
Di Madinah, kerajaan Islam diwujudkan di bawah
pimpinan Rasulullah Umat Islam bebas mengerjakan solat di Madinah.
Musyrikin Makkah mengetahui akan perkara ini kemudiannya melancarkan beberapa
serangan ke atas Madinah tetapi kesemuanya ditangkis dengan mudah oleh umat
Islam. Satu perjanjian kemudiannya dibuat dengan memihak kepada pihak Quraish
Makkah. Walau bagaimanapun perjanjian itu dicabuli oleh mereka dengan menyerang
sekutu umat Islam. Orang Muslim pada ketika ini menjadi semakin kuat telah
membuat keputusan untuk menyerang musyrikin Makkah memandangkan perjanjian
telah dicabuli.
Pada tahun kelapan selepas penghijrahan ke Madinah
berlaku, Nabi Muhammad berlepas ke Makkah. Tentera Islam yang seramai 10,000
orang tiba di Makkah dengan penuh bersemangat. Takut akan nyawa mereka
terkorban, penduduk Makkah bersetuju untuk menyerahkan kota Makkah tanpa
sebarang syarat. Nabi Muhammad kemudian mengarahkan supaya kesemua berhala dan
patung-patung di sekeliling Kaabah dimusnahkan.
Ketika Rasulullah mengerjakan ibadah haji yang
terakhir, maka pada 9 Zulhijjah tahun 10 hijarah di Lembah Uranah, Bukit
Arafah, baginda menyampaikan khutbah terakhirnya di hadapan kaum Muslimin, di
antara isi dari khutbah terakhir Rasulullah itu ialah:
“Wahai
manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan, Aku tidak mengetahui
apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu,
dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang
yang tidak dapat hadir disini pada hari ini.
“Wahai
manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci,
anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan
harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah
kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi. Ingatlah
bahawa sesungguhya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat
perhitungan di atas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba, oleh
itu, segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang.
“Berwaspadalah
terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk
menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu
tidak mengikutinya dalam perkara-perkara kecil.
“Wahai
manusia sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu, mereka juga mempunyai
hak ke atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu, maka
mereka juga berhak diberikan makan dan pakaian, dalam suasana kasih sayang.
Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah-lembutlah terhadap mereka
kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak
kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang
kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.
“Wahai
manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini, sembahlah Allah,
dirikanlah solat lima waktu, berpuasalah di bulan Ramadhan, dan
tunaikanlah zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah ibadah haji
sekiranya kamu mampu. Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada
Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama; tidak seorang pun yang lebih mulia
dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan beramal soleh.
“Ingatlah,
bahawa kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan
diatas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu, awasilah agar jangan
sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.
“Wahai
manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak
akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan
fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku
tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan
mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya.
Itulah Al-Qur’an dan Sunnahku.
“Hendaklah
orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain.
Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus
mendengar dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan
risalah-Mu kepada hamba-hamba-Mu.“
Langganan:
Postingan (Atom)